Langkah-Langkah Menjual Rumah
Langkah-langkah berikut adalah penting dalam proses penjualan rumah. Dari penetapan harga yang bijak sehingga pelantikan perunding hartanah yang tepat, setiap langkah yang diambil penting untuk memastikan kelancaran dalam menjual rumah anda.
1. Tetapkan harga rumah
Menjual rumah merupakan suatu langkah besar dalam kehidupan dan memerlukan perancangan yang rapi. Antara langkah pertama yang perlu diambil adalah menetapkan harga jualan rumah dengan bijak. Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu anda dalam proses jual rumah:
- Semak harga pasaran rumah di kawasan sekitar
- Kaji pesaing dan permintaan
- Ambil kira faktor yang pengaruhi harga jual seperti lokasi, saiz rumah, dan kemudahan sekitar
- Ambil kira margin untuk rundingan dengan bakal pembeli
- Kira kos jual rumah termasuk caj ejen hartanah, kos pembaikan, dan kos lain yang berkaitan
2. Rancang jangkamasa jualan
Langkah seterusnya dalam menjual rumah adalah merancang jangkamasa proses penjualan. Ini termasuklah:
- Jangkamasa untuk dapatkan pembeli dengan melihat keadaan pasaran semasa
- Jangkamasa proses kelulusan pinjaman dan guaman bagi mengelakkan sebarang kelewatan yang tidak diingini
- Jangkamasa pindah milik dengan memastikan dokumen dan prosedur yang diperlukan dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan
3. Sediakan dokumen
Menyediakan dokumen yang betul adalah kunci untuk memudahkan proses jual rumah. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan perjanjian jual beli semasa belian
- Salinan geran
- Penyata pinjaman terkini
- Bil cukai pintu dan cukai tanah
- Bil penyelenggaraan
- Bil utiliti
4. Sediakan rumah untuk jualan
Sebelum memasarkan rumah anda, pastikan rumah dalam keadaan terbaik. Ini termasuklah membuat perubahan kecil dan membersihkan rumah yang ingin dijual. Berikut adalah beberapa panduan:
- Baiki impresi pertama rumah anda dengan mengemas rumah supaya nampak lapang, buang atau simpan barangan yang tidak perlu, baikpulih kerosakan, cat semula rumah, dan potong rumput di halaman rumah
- Ambil gambar yang cantik dengan memastikan rumah kemas dan lapang, memasang semua lampu dan buka langsir untuk pencahayaan yang baik, mengambil gambar dari sudut bucu rumah supaya nampak lapang dan luas, serta menghindari lawan cahaya matahari untuk memastikan gambar jelas
5. Lantik perunding hartanah
Lantik perunding hartanah untuk memudahkan proses penjualan rumah anda. Langkah-langkah yang perlu diambil:
- Sediakan segala dokumen, maklumat, dan gambar yang diperlukan oleh perunding hartanah anda
- Buat temujanji dengan perunding hartanah anda untuk melihat rumah secara langsung
- Berbincang dengan perunding hartanah anda mengenai harga, tempoh masa, nasihat, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan proses penjualan