RUMAWIP, atau nama barunya Residensi Wilayah, adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama, terutamanya untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan ini untuk memiliki rumah di Wilayah Persekutuan dengan harga yang lebih mampu milik.
Setiap RUMAWIP mempunyai ciri-ciri berikut:
- Kos maksimum RM 300,000
- Saiz rumah tidak kurang 700kps
- Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Beralamat di Wilayah
Harga rumah dan saiz "layout" berbeza mengikut lokasi pembangunan dijalankan. Terdapat 3 jenis RUMAWIP yang biasa ditawarkan:
Projek harga rendah (700kps) | RM 63,000 |
Projek harga sederhana rendah (800kps) | RM 63,001 ~ RM 150,000 |
Projek harga sederhana (650kps ~ 900kps) | RM 150,001 ~ RM 300,000 |
Siapa yang layak untuk memohon?
Projek RUMAWIP mempunyai syarat-syarat khusus untuk memilikinya. Anda layak untuk memohon jika anda berjaya memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan kasar bulanan di bawah RM 10,000 (bujang) dan RM 15,000 (berkahwin)
Antara projek RUMAWIP yang masih dibuka untuk pendaftaran:
Residensi Wilayah Putrajaya Sentral | 800kps, RM 300,000 di Presint 7 Putrajaya |
Residensi J Satine | 800kps, RM 300,000 di Wangsa Maju |
Residensi Max II | 800kps, RM 300,000 di Setapak |
Vista Adesa, Residensi Desa Timur | 800kps, RM 300,000 di Bukit Bintang |
Lihat PROJEK BARU untuk info lanjut dan butiran projek yang ada.
Bagaimana cara untuk memohon RUMAWIP?
Terdapat dua cara untuk memohon RUMAWIP iaitu dengan memohon sendiri atau memohon dengan perunding hartanah yang mengendalikan projek RUMAWIP ini.
A. Mohon sendiri
- Daftar dan mohon skim ini di portal online RUMAWIP untuk mencari rumah yang anda minat.
- Lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti Surat Sumpah, Bukti Kad Identiti Pemohon, Sijil Nikah, Sijil Kelahiran, dan lain-lain.
- Tekan "daftar" dan tunggu agen JWP menghubungi anda.
B. Mohon dengan Ejen RUMAWIP berdaftar
- Hubungi ejen yang mengendalikan projek RUMAWIP yang anda minat.
- Minta penerangan lanjut mengenai projek RUMAWIP tersebut.
- Ejen akan menyemak kelayakan anda dan membantu anda dalam proses permohonan.
Apa Kelebihan RUMAWIP?
RUMAWIP adalah projek perumahan yang direka untuk menawarkan rumah mampu milik dan mudah diakses kepada warganegara Malaysia di sekitar Wilayah Persekutuan.
Ini adalah salah satu sokongan dan bantuan kerajaan yang mempunyai pelbagai faedah istimewa!
Rumah ini dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran, dan selalunya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan dan kolam renang. Oleh kerana projek ini mendapat sambutan yang tinggi, keutamaan selalunya diberikan kepada pembeli rumah pertama.
Walaupun Residensi Wilayah ini menawarkan rumah yang berharga mampu milik, anda masih perlu menyediakan deposit sebanyak 10% untuk pembelian rumah. Oleh itu, anda perlulah bijak menguruskan kewangan bagi menyelesaikan jumlah deposit yang telah ditetapkan.
Terdapat juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi bagi memiliki RUMAWIP ini seperti rumah tidak boleh dijual semula dalam masa 10 tahun selepas pembelian.
Skim ini jugak meletakkan syarat yang ketat untuk menyewakan rumah yang telah dibeli. Rumah dibawah projek ini hanya boleh disewakan kepada penyewa yang memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti berwarganegara Malaysia atau pemiliknya terpaksa berpindah keluar daripada Wilayah Persekutuan.