Projek ini dilancarkan di Presint 7, Putrajaya pada Ogos 2023. Ianya dibangunkan berdekatan dengan Stesen MRT Putrajaya Sentral, sekaligus memberikan akses yang mudah kepada bakal pemilik. Ia juga berhampiran dengan pelbagai perkhidmatan kesihatan, pusat beli-belah, dan pengangkutan awam yang lain.
Pemohon perlu mematuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan(JWP) untuk melayakkan mereka memiliki rumah mampu milik ini.
Info Projek
STATUS | Pendaftaran Ditutup |
PEMAJU | Pan Sejati Development Sdn. Bhd. |
HAK MILIK | Pegangan Bebas |
JUMLAH UNIT | 1336 unit |
SAIZ | 750 kps (3 bilik • 2 bilik air) |
JENIS | Apartmen |
LOKASI | Presint 7, Putrajaya |
HARGA | RM 200,000 |
MARGIN PINJAMAN | Sehingga 100% |
TAHUN SIAP | Q4 2027 |